Assalamualaikum.. Selamat Pagi semua :)

25 Mei 2011

Assalamualaikum sahabat2 fillah...

Jom kita tanya bbrp soalan...

Apa khabar Hati kita?? smg sentiasa suci.

Apa khabar Iman kita?? smg tetap selalu meningkat naik.

Apa khabar Cinta kita?? smg tetap di jalanNya.

Apa khabar Letih kita?? smg ikhlasmu jadi amal soleh..

sentiasalah setting Niat,

Upgrade Iman,

Download Sabar, 

Upload Usaha,

Delete Dosa,

Update Doa,

Topup Ilmu,

Supaya dapatlah redeem pahala banyak2...

Awalilah hari ni dengan rasa syukur dan keikhlasan....akhiri kelelahan hari ini dengan senyuman dan kebahagiaan...smg Allah redha ats semua usaha yg dilakukan...amiin...^____^

L.O.V.E

LOVE


Love is a give...

Yup Thats definetely right..

Cinta adalah rahmat dari-Nya..

Kerana dengan cintalah...
Seorang Ibu merelakan jiwanya demi untuk kelahiran buah hatinya...

Kerana dengan cintalah...
Seorang ayah, merelakan dirinya berusaha sekuat tenaga demi mencari nafkah untuk anggota keluarganya.
..

Kerana dengan cintalah...
Shalahuddin Al Ayyubi tidak dapat tertawa sebelum masjid Al - Aqsa dapat dibebaskan untuk menebus cintanya kepada Rabbul Izzati...

Kerana dengan cintalah...
Para mujahid dan mujahidah rela mengorbankan harta, jiwa dan raganya untuk mendapat cinta dari Yang Maha Mempunyai Cinta...


Allah...

Ya...

Dia-lah Allah sang Ar Rahman...

Dengan cinta-Nya bumi, langit dan planet bergerak mengikut orbit yang ditentukan-Nya

Dengan cinta-Nya angin masih menyapa tumbuh-tumbuhan dan rerumput..

Dengan cinta-Nya cahaya mentari masih menerpa hangat di tubuh kita..

Kepada Allah-lah muara cinta yang Hakiki...



Cinta ILLAHI adalah Cinta yang teragung..


Ya Allah, pandulah diriku kearah cinta yang engkau redhai :)

40 Keistimewaan Wanita dalam Islam

18 Mei 2011

Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga…… !

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak pria. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap pria?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah



artikel ini telah dipetik dari http://umar-alfarouk.blogspot.com


semoga bermanfaat utuk kita semua :)

LRT, buku & sEluAr

24 April 2011


Assalamualaikum semua
tanggal pada 23 april 2011
dengan ini telah menjadi saksi
bahawa
saya dah pergi PESTA BUKU yg macam kat banner atas 2
best woooooooooooooooooooooo!! ha3
pesta 2 buat dkat PWTC sebelah THE MALL sebelah THE LEGEND HOTEL sebelah NEW PACIFIC HOTEL.
sepanjang perjalanan ke sana, 
macam2 dah jadi.
hahahaha
anda nak tau ape yg jadi?
nak tahu benda yang lucu dan sedih?
jangan alihkan siaran & televisyen anda skali ke tempat lain.


CERITA 1: LRT

dari 'bandar ilmu' TANJONG MALIM, kami naik bas ke hentian puduraya yang baru siap..
bleh tahan, lawala jugak.. he3
oh ye, sebelum naik bas 2, kami berempat rancang nak pergi,
aku, abg abu, ilham dan hafiz(abah).
tp
kami pergi bertiga je sebab abah x angkat2 bila kami kol..
bila bas nk gerak, baru dia kata baru keluar dari tandas.
jadi kami suruh shamim tolong hantar hafiz pi naik bas kt stesen bas tnjg malim,
tengok2 bas 2 xpi ke stesen bas, trus laju menuju ke KL.
jadi,
abah pun tertinggallah bas..
MAAFKAN KAMI ABAH.. HU3
xpe2 nnti kte pi lg ek..

lpas lebih sejam naik bas, kmi pun tunggu konco2 abg abu di Hentian puduraya sebelum naik LRT ke PWTC.
disebabkan dah lewat, kami pn bli tiket lalu terus tunggu LRT dengan KOMFIDENNYE tanpa tengok peta yang telah disediakan.
MAKA
bila dah naik, baru perasan silap naik LRT,
jadi 
kena tukar LRT lain.

p/s: sila tengok peta yang telah disediakan oleh pihak LRT :) ha3



CERITA 2: BUKU






ni la 2 buah buku yang telah saya beli
hahaha
tercapai gak hasrat
masa nak cari buku ni, alhamdulillah x amik banyak masa 
tp
masa nk cari buku ni,

punyela susah.. 
sebab ramai sangat kt booth PTS masa 2
tapi pape pun dapat gak la..
thankx abg abu handhalah atas hadiah hari lahir ni..
saya sayaaaaaaaaaaang kamu krana ALLAH TAALA

p/s: sape nk pinjam? rm1 sehari.. boleh? haha


CERITA 3 : SELUAR

masa kt pesta buku tu, kami masuk ke bilik johor, 
pastu terkejut bila tengok masa tu adik ADI PUTRA bagi ceramah tentang matematik..
kami pun ddukla dengar sekali.
sempatla rakam sikit masa dia bermain dengan nombor & berpuisi
perrghh.. memang best
semoga ALLAH pelihara & tambah ilmunya.

cerita tentang seluar ni,
mmm...
macam ni
urmm..
masa tengah khusyuk rakam adi putra,
kaki rasa penat, jadi saya pun dudukla sebab ade kerusi kosong.
masa nak duduk tu,
poket seluar tersangkut di kerusi,
MAKA
terdengarla bunyi kain terkoyak
prakkkkkkkkkkkk!!!
saya pun gagau r kt poket..
YA ALLAH, TERKOYAK
huhu
ingatkan sikit,
besar gak r
 huhu

disebabkan nak solat zohor,
saya dan ilham pi beli seluar baru kt THE MALL
ade orang perasan sy pakai seluAr lain.. ha3


CERITA 4

bila dah selesai semua,
kami pun balik naik KTM KOMUTER dr putra ke tnjong malim
alhamdulillah selamat semua.
pkl 6.30 kot sampai


ALHAMDULILLAH
saya rasa yang tu saja kot yang saya dapat tulis buat kali ni
pengalaman best ni.. ha3
tapi yang kurang best bila shamim, hafiz, husairi tak boleh nak ikot atas sebab2 tertentu
buat abang abu, trima kasih atas buku 2, trima kasih belanja makan, trima kasih bawak jalan-jalan
nanti saya akan rindukan saat ni bila abang abu xda kt UPSI ni
huhu

k.lah
esok ade exam ni..
baguskan perangai..?? ha3
doakan saya dapat jawab dengan tenang dan semua jawapan tu betul.. amin
hihi

semoga bertemu kembali pada masa akan datang.
tunggu post saya yang seterusnya.
ha3( smoga sy jadi rajin tulis)
assalamualaikum
selamat pagi semuaaaaaaa.


1.03am
25 april 2011
rumah 2.9.10 bilik 3
KHAR, UPSI




Awan Nano :)

12 April 2011

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

AMANAH- sedikit perkongsian bersama :)

Sifat amanah pada masa sekarang ini sepertinya sudah menjadi barang langka. Orang dengan banyak keahlian dan punya etos kerja yang tinggi tidak jarang melakukan perbuatan kriminal hanya karena tidak memiliki sifat amanah dalam dirinya. Mungkin kita tidak perlu menuding orang lain terkait hal ini. Kita tunjuk saja diri kita sendiri. Apakah kita masih memiliki sifat amanah dalam diri kita. Karena berulang kali Rasulullah saw mengingatkan kepada setiap muslim agar selalu menjaga amanah yang diberikan kepadanya,”Tunaikanlah amanat terhadap orang yang mengamanatimu dan janganlah berkhianat terhadap orang yang mengkhianatimu.” (HR Ahmad dan Abu Dawud)
Rasulullah saw menggambarkan orang-orang yang tidak memegang amanah sebagai bukan orang yang beriman dan tidak memiliki agama. Bahkan lebih jauh lagi, orang-orang yang selalu melanggar amanah digambarkan sebagai orang munafik.

“Tidak beriman orang yang tidak memegang amanah dan tidak ada agama orang yang tidak menepati janji”(HR ad-Dailami)
“Tanda orang munafik itu ada tiga macam: jika berbicara, ia berdusta; jika berjanji, dia mengingkari; dan jika diberi kepercayaan, dia khianat” (HR Ahmad).

Amanah adalah sikap mulia dan terhormat yang perlu diterapkan dalam ikhtiar menjemput rezeki. Tidak terkecuali bagi seorang pebisnis muslim yang profesional. Karena dengan memiliki sifat amanah, seseorang akan selalu bersungguh-sungguh dalam menjaga amanah yang diberikan kepadanya, sekaligus berusaha sekuat tenaga mempertanggungjawabkan apapun yang dititipkan kepadanya. Sehingga bagi seorang pedagang, tidak akan berani mencampur barang jelek dengan barang bagus hanya karena ingin mendapatkan keuntungan yang besar. Atau sebuah perusahaan tidak akan melakukan hal-hal yang berbau kejahatan, hanya untuk mendapatkan tender yang besar.

Untuk tetap menjaga amanah, kita perlu terus melakukan proses pembelajaran apalagi pada bidang yang memang menjadi tanggung jawab kita. Menjadi seorang penjaga amanah adalah bagian dari ibadah yang bernilai tinggi sehingga apabila seorang muslim diamanahi suatu amal, dia akan melaksanakan kewajiban tersebut tanpa mengurangi, menunda, atau menyia-nyiakan. Dalam kaitan tersebut, kita dapat mengambil hikmah dari Nabi Yusuf as.

Nabi Yusuf as pernah berkata,”Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir), sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan.” (QS. Yusuf: 55)

Melalui kisah Nabi Yusuf as, Allah Swt telah memberikan sebagian pembelajaran kepada hamba-hambaNya untuk menjadi seorang penjaga amanah yang baik dan kuat. Oleh karenanya, seorang muslim wajib terus menggali informasi dari proses pembelajaran yang dia lakukan, untuk meningkatkan kinerjanya dalam menjalankan amanah yang diembannya.

Lalu, apa saja yang harus kita lakukan agar kita dapat menjaga amanah yang diberikan kepada kita. Yang pertama adalah, membangun akhlak kita dengan bertanggung jawab terhadap setiap amanah, sekali pun kecil nilainya. Jauhi perilaku mark up, suap menyuap, korupsi, melalaikan utang dan perilaku-perilaku curang lainnya. Pastikan tidak ada uang haram di dalam diri kita. Dengan perilaku ini, insya Allah, kita akan sangat bahagia, terhormat, dan rezeki kita akan dicukupi oleh Allah Swt.

Yang kedua adalah, bila kita diberi amanah dalam bentuk kedudukan dan harta kekayaan, maka dalam menjaganya kita harus meniatkan dalam diri kita untuk berjuang memajukan kesejahteraan lahir batin seluruh orang yang kita pimpin, memajukan perusahaan dan menguntungkan semua pihak. Jangan sekali-kali berlaku curang dengan mengorbankan amanah untuk kepentingan pribadi karena lambat laun karier kita akan gagal.

Bertanggung jawab ketika kita bermuamalah. Yang harus kita yakini adalah Allah lah yang membagi semua rezeki hamba-hambanya. Sehingga kita tidak perlu berbuat curang untuk mendapatkan keuntungan. Seorang konsumen akan memberikan imbalan yang sangat memuaskan jika memang hasil kerja kita sangat bagus. Demikian pula sebaliknya, konsumen akan memberikan imbalan yang jauh di bawah rata-rata jika hasil kerja kita sangat buruk. Jika kita memang berbuat salah, lebih baik bila kita mempertanggung jawabkan kesalahan tersebut. Karena seberat apapun hukuman dunia yang kita pikul akibat kesalahan kita, masih lebih ringan bila dibanding dengan yang harus kita pikul di akhirat kelak.

“Hai orang-orang beriman, janganlah kalian mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad saw) dan janganlah kalian mengingkari amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu sedang kalian mengetahui” (QS Al-Anfaal: 27).

8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki..

08 Januari 2011

Assalamualaikum semua..
mmm... sebenarnya aku x tahu nk tulis pe sekarang ni..
tp saje nk berkongsi serba sedikit apa yg aku dapat petang td..
petang tadi aku saje je taip tentang bulan kelahiran kat google, tapi keluar yang ni pulak..
jadi,
aku amikla..
saje suke2
kalau benda ni dapat dijadikan ilmu, maka sama-sama kita amalkan
betol x?

8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki.

          Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.


1.Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


2.Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.


3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


5.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...

semoga segala ilmu yang bermanfaat itu menjadi sumber pahala hingga ke akhir hayat..


p/s : Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim..

sekian,
bertemu lagi
salam sayang 
salam mesra..

Design of Open Media | Source: Natural Blogger Template Download Created simple by Wedding Cards Singapore.