SAYA JATUH CINTA

07 Februari 2012

SAYA JATUH CINTA
ingin bersama ke syurgaNYA
bersamanya di kebun dan taman indah
bersamanya menikmati sungai dari pelbagai jenis
bersamanya makan juadah enak
bersamanya abadi bahagia selamanya

maka

perlu bagi saya
KUAT tingkat diri
MAMPU sara kehidupan
USAHA keras
MATANG duniawi & ukhrawi

agar
saya tidak 
ke

NERAKANYA

memakan buah zaqqum
minum cecair tembaga panas
dibakar, diseksa dan di azab
selama-lamanya menderita

YA ALLAH
kau jagalah hati2 kami
sesungguhnya hanya engkau yang berkuasa membolak balikkan hati kami
tetapkanlah hati2 kami di jalan yang engkau redhai ini..
amin.

salam maulidurrasul 1433h
ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD
WA'ALA ALIHI WASAHBIHI WABARIK WASALLIM.

  


keputusan

03 Februari 2012

bersyukur pada ALLAH
sebab kita tidak dapat segala yang kita mahukan
kalau tidak,
tiada apa yang akan kita cari

bersyukur pada ALLAH
kerana berada dalam masa bagi mematangkan diri ini

bersyukurlah pada ALLAH
atas segala kekurangan yang ada dalam diri
sebab
memberi kita PELUANG untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik

bersyukurlah kepada ALLAH
atas kesilapan yang telah kita lakukan
sebab
ada ada banyak pengajaran disebalik kesilapan itu

BERSYUKURLAH
ia adalah satu rahmat

terima kasih sahabat-sahabat
kerana sentiasa menyokong dan menegur
INSYAALLAH
akan ku berubah.

betul,
bila kita rebah
baru kita sedar..

YA ALLAH,
ampunkan segala dosaku
sedar diri ini amat bnyk melupakanMU
melanggar perintahMU
menyakiti hati saudara saudaraku

YA ALLAH,
ampunkanlah..




-sahabat, terima kasih-

ya habibi ya imamal mursalin

02 Februari 2012

khas buatmu junjungan mulia,
Nabi Muhammad S.A.W
sollu a'ala rasulillah
habibina almustofa..

KASIH ABADI

Ku hayati kisahmu ya Rasulullah..
Hatiku tersentuh..airmataku berderai..
Betapa mendalamnya kasihmu..
Melebihi dalamnya lautan biru..

Biar hembusan nafasmu kian tiba penghujungnya..
Namun hatimu ya Rasulullah..
Masih diselubungi kerisauan..
Andai dikau pergi dulu..
Bagaimana nanti dengan nasib umatmu..

Hatimu ya Rasulullah penuh CINTA..
Hatimu ya Rasulullah penuh RINDU.. 
Hatimu ya Rasulullah penuh KASIH..
KASIH ABADI HINGGA KE SYURGAWI..

Sesungguhnya ya Rasulullah...
Kami rindu untuk bersamamu..
Moga airmata kami pada malam ini..
Akan menjadi saksi & mendapat syafaatmu ya Rasulullah..
Moga di syurga kita bertemu..
Kekal abadi buat selamanya



nukilan rasa,
 DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD.

Design of Open Media | Source: Natural Blogger Template Download Created simple by Wedding Cards Singapore.