8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki..

08 Januari 2011

Assalamualaikum semua..
mmm... sebenarnya aku x tahu nk tulis pe sekarang ni..
tp saje nk berkongsi serba sedikit apa yg aku dapat petang td..
petang tadi aku saje je taip tentang bulan kelahiran kat google, tapi keluar yang ni pulak..
jadi,
aku amikla..
saje suke2
kalau benda ni dapat dijadikan ilmu, maka sama-sama kita amalkan
betol x?

8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki.

          Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.


1.Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


2.Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.


3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


5.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...

semoga segala ilmu yang bermanfaat itu menjadi sumber pahala hingga ke akhir hayat..


p/s : Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim..

sekian,
bertemu lagi
salam sayang 
salam mesra..

KeMbALi....

05 Januari 2011

assalamualaikum semua..
selamat berjumpa kembali dalam program
"suke hati ape aku nak tulis"..
masih ingat saya??
haha
macam pengacara pulok.. kuang3x

waa..
lame dah tak menari atas papan kekunci ni (jari cakap)
maaf kepada kawan2 yang menanti post terbaru dr saya..
tu pn kalau menantilah..
kalau tak takpe..
maaf atas kemalasan yang melanda diri ini
ditambah pulak dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan segera..

Alhamdulillah,
bersyukur kita ke hadrat Ilahi
atas segala nikmat yang telah diberi
dan
memberi kekuatan untuk menekan papan2 kecil di laptopku ini.

yang sebenarnye..
macam-macam saya nak tulis kat sini
sampai tak tahu nak tulis yang mana satu..
bagi cadangan sikit
nak tulis tentang ape dulu?? hoho

oh ye!!!!
buat Suriati Binti Khormain,
saya akan jawab apa yang anda tag bulan lepas kot..
ha3
maaf sebab lewat sangat2

baiklah..
semester baru dah bermula
kelas dah penuh dengan para pelajar
kereta motor semakin penuh di KHAR
sebab aku dok kat sane.
wifi semakin lembab
(rindu wifi time cuti hari 2.. hu3)
tapi

hari ini dah hari ke 4
bermula dengan kelas Prinsip PTV
kemudian dengan kelas seni rekaan fesyen
satu jam kemudian
kelas E.C yang dibatalkan sebab pensyarah tak sihat..
berGUMBIRA di dalam kelas pembangunan Sahsiah.
bergelak ketawa
sempat warming up lagi.. ha3

semoga dengan kehadiran semester ini akan memberiku
 menimba ilmu dan pengalaman
dalam mencari serta memahami
erti hidup di muka bumi Allah ini..

SEKARANG!!
tibalah masanya yang dijanjikan.. ha3
saya nak menjawab soalan2 yang diajukan oleh cik Suriati binti Khormain..
satu team mase kuprex 1
UNIONE!! HOHO
dah sedia>>
ok..

1. apakah status anda ?
mmm.. duda anak satu.. hahaha ngarut je,,
saya ni dimiliki oleh papa & mama tersayang saya
masih menjadi abang kepada adik2
dan menjadi adik kepada kakak
menjadi cucu kepada atuk dan nenek
menjadi anak sedara kepada pak n mak sedara
menjadi pak ngah buat anak2 sedara
menjadi tokngah buat cucu2 sedara
(tua dah aku ni.. hoho)
jawab x soalan..??
lalalllalaala

 
2. ceritakan tentang diri anda .
nama saya MOHD KAMAL BIN RAHMAT
lahir pada 28 RAMADHAN 1910H
tempat lahir dalam rumah tokwan kat KUPANG ,BALING, KEDAH
mmm... nk tau apa lagi??
hahaa
pergi ke bilik kuliah dengan menunggang motosikal YAMAHA LAGENDA ..
nk pinjam??
bleh je.. InsyaAllah
tu je kot,, xtau nk bgtau pe lagi dah.. ha3


 
3. ceritakn tentang blog anda ?
blog sy??
name die MUSAFIR
sebab kita di dunia ni kena sentiasa mengembara  mncari ilmu dan amalkan bagi hadapi hidup di dunia n di akhirat kelak.
blog sy ni bru je ade 5 kot kalau x silap post yang di tulis..
ha3
tu je kot..
4. apa pandangan anda tentang dunia blog ?
bagus!!
majulah sukan bola tampar untuk KHAR..
hahahaha
.....lom ting tong!!
buzz!
5. nasihat anda kepada rakan-rakan blogger yang baru ?
nasihatnye ialah kpd yg baru ade blog mcm sy ni, rjin2lah tulis ye
jgn jdi mcm saya
haha
insyaAllah
sama-sama kita berubah
lpas ni sy akan tingktkan kerajinan saya dlm mnulis blog ni
kalau diberikan kelapangan
 he3
:)
6. keunikan pada blog anda ?
keunikannye adalah mmm... arrr..
agak2 ape ek?
entah
jap nk kol mak jap
mak watpe 2?
chat?
rindu mak.. :)

 
7. sampai bila anda akan menulis blog dan impian anda terhadap blog ?
ali kucing a.k.a alleycat  cakap hinggu akhir nnti...
jadi??



sekadar ini yang saya merajinkan diri utk menulis pada pkl 3.50 pagi ni
sambil berchatting dengan abg abu handhalah..
abg abu!! tdo.. esok de klas pagi..
ha3

sebelum kata melabuhkan bicara
sebelum jari berhenti beraksi
sama2 insafi diri..
hidup ini cuma sekali..

p/s : Tahniah buat adindaku, MOHD FAIQ BIN RAHMAT..
slamat menjalani kehidupan di MAKTAB MAHMUD
abangmu ini syg padamu
doaku sentiasa bersama sama denganmu.
belajar rajin2..

sekian, salam mesra
salam sayang
:)


  



Design of Open Media | Source: Natural Blogger Template Download Created simple by Wedding Cards Singapore.